Home


ShoutMix chat widget

Sunday 7 August 2011

Monolog Ramadhan ke-7

Assalamualaikum…



Tinggalkan aku sendiri…
Jangan di duga lagi hati ini. Hati ini sudah penat. Penat dalam mencipta perasaan sendiri.
Aku tidak mahu memberi harapan…
Aku juga tidak mahu lagi berharap…
Cukuplah…
Ya Ramadhanku diuji.
Bukan dengan kehilangan tetapi dengan kehadiran….
Kehadiran yang bisa menggugat ketenangan…
Kehadiran yang bisa membuat parut lama berdarah kembali…
Untuk apa kembali jika hanya menyakiti…
Untuk apa kembali jika hanya simpati…
Aku bukan aku yang dulu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
HAHA. Bulan puasa pun nak buat drama swasta lagi!!!

“Saya nak kita macam dulu. Saya dah fikir betul-betul dah. Hanya awaklah yang sesuai untuk menjadi calon isteri saya. Ibu kepada anak-anak saya. Lagipun tahun depan saya dah start kerja. Kali ni saya serius. Xmain-main dah. Saya xnak hilang awak… Sudi xawak jadi isteri saya…?”

Setahun setengah aku mencari jawapan...
Dan jawapan aku cukup mudah...
Your first mistake was leaving me. Your second mistake was giving me the chance to realize I could live without you. Yup, it may seem as the hardest thing to do, but I have to forget the guy who forgot about me.

Prinsip itu aku pegang seeratnya.
Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu ke kuliah dengan mata bengkak lagi! Aku juga sudah PENAT. Penat menangisi nasib diri. Bukan sehari dua. Bukan seminggu dua..dan bukan sebulan dua…dan sehingga aku juga sudah tidak mampu menulis diari lagi. Untuk apa aku menulis jika semuanya tentang kesedihan? Emm pernahkah awak peduli semua ini?

Dan dari kesedihan inilah perlahan-lahan aku membina diri. Mencari kekuatan. Mencari ketenangan. Seterusnya membawa aku kembali pada Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya, aku banyak mengadu pada-Nya kerana sesungguhnya aku tidak kuat dalam menghadapi perasaan aku sendiri.

Awak...
Pergilah awak…
Biarlah hati ini sendiri…
Biarlah hati ini pergi untuk yang lebih menghargai…
----------------------------------------------------------------------------




Nota kaki :: I believe when someone walks out of your life they are giving you the sign there is someone better to be in your life. Cuma aku redha sekiranya takdir telah menetapkan kita bersama kerana sebaik-baik perancangan…hanya Allah Maha Mengetahui.

*Jangan kau pelik sekiranya orang membunuh diri disebabkan cinta. Yeahh, cinta juga bisa membuatkan kau menjadi manusia gila dan hilang pertimbangan! Jangan juga kau katakan cinta itu remeh. Sekali kau terkena panahannya, kau juga akan berasa sakitnya…*

1 comment: