Home


ShoutMix chat widget

Wednesday 15 June 2011

Surat Untuk Encik Bos

Assalamualaikum...

Kehadapan bos yang saya hormati, sekiranya bos terbaca surat ini, maafkan saya sekiranya terkasar bahasa, terdapat kesalahan tatabahasa, kesalahan bahasa rojak, malah tidak ingin sekali membuat bacaan meter tekanan darah bos meningkat. Ini adalah surat yang ikhlas dari hati.

Dear boss,
     Thanks so much for giving me an opportunity to work at one of your cafe. Yes, I had learnt a lot from this job. Yeah, belajar untuk bangun seawal jam 4.45 pagi kalau kena kerja time pagi sebab punch card jam 5.30 pagi , belajar untuk buat air, serve makanan, melayan costumers, jadi casher, pasang tiang pintu kedai, cara untuk membuat makanan lebih eye-catching, mengemop lantai, menyapu sampah, membasuh pinggan, lap meja, lap pinggan, angkat tray, susun tray dll. Sangat banyak pelajaran daripada kerja di cafe ini kan...Terima kasih.

Dear boss,
     Hari pertama bekerja kaki saya terasa nak patah dan mahu give up untuk pergi kerja keesokannya. Namun, demi minat saya untuk mendalami kehidupan di cafe, saya teruskan juga perjuangan saya walaupun sangat banyak dugaan. Saya juga banyak mendengar desas desus yang kurang enak mengenai bos, tapi saya xamek kisah pon sehinggalah saya merasakan desas desus itu sememangnya benar.

Dear boss,
     Saya tahu bos seorang yang kaya. Punya banyak business, tapi bos agak berkira. Opss maafkan saya sekiranya terlalu berterus-terang. Sekiranya punch card lewat 15 minit atau lewat setengah jam, kami kena ganti sejam. Bos tahu x, kami perlu bekerja selama 12 jam dan kami tidak pernah bekerja kurang dari itu.
Bos tahu kan jadual kerja kami.
--------------------------------------------------------------------------
5.30 am-10.00am   ~BREAK~   2 pm-9.30 pm
9.30 am-9.30 pm
---------------------------------------------------------------------------
Tapi bos tahu x, saya dan kawan-kawan xpernah merasa balik jam 9.30 malam. Saya sampai rumah 10.00 malam sedangkan rumah dan cafe hanyalah 10 minit. Kadangkala, 10.30 malam baru sampai rumah. Kalau ada flight delay, cafe pun akan turut tutup lewat. Saya tahu saya bujang. Xkomitmen sangat. Okies fine. Datang kerja suruh punctual, balik xnak macam tu pulak. Bos boleh berkira, kami pun boleh. Kami pun belajar math bos! 

Dear boss,
     Saya tahu bos telah memasang 4 CCTV di cafe kami. Yes, itu tanda bos sayangkan kami. Bukankah CCTV dipasang untuk keselamatan? Walaupun bos gunakan CCTV untuk mengelakkan kami curi tulang. =.=". Kami baik bos. Hanya minum air mocha, milo or cappuchino jerk untuk sarapan.

Dear boss,
     Sekiranya kami bekerja kurang dari sebulan dan berhenti tanpa alasan yang kukuh, kami xakan dapat gaji. Simpati dengan kawan yang bekerja 2 minggu tanpa mendapat sesen pun. Seandainya bos tahu penat kami bekerja seharian. Jadi tidak hairanlah seandainya bos tidak mempunyai pekerja bawahan yang kekal di cafe. Ada yang hanya datang kerja sehari, seminggu dan terus xdatang-datang. Emm setakat 2 minggu saya bekerja di cafe, pekerja cafe paling lama pun belum cukup sebulan bekerja melainkan H.O.D.~Head of Department. Nasib la dapat kawan-kawan kat cafe yang sporting dan happening.

Dear boss,
     Appreaciatelah usaha kami dalam memastikan perniagaan bos bertambah maju. Kerja kat cafe yang kadang-kala sangat sibuk amatlah menguji kekuatan fizikal dan mental. Cuba bos berada di tempat kami untuk sehari. Mungkin bos akan M.C untuk 2 hari. Saya yang kudrat muda pun akan bertungku setiap kali sebelum tidur. Lenguh badan-badan. Mujurlah ada tungku elektrik kt rumah.

Dear boss,
     Saya harap bos tidak berkira sangat dengan kami. Sesungguhnya bos patut berbangga dengan pekerja-pekerja bos yang semuanya berdedikasi. Percayalah dengan kami dan jarang-jarang lah datang ke cafe kerana kehadiran encik bos boleh menggugat ketenangan kami. Kami semua pun xkan lama kerana semuanya akan sambung belajar semula. Selamat mendapat pekerja baru nanti. Apa-apa pun, terima kasih atas peluang ini. Semoga saya dapat bertahan untuk sebulan. Baiklah, sudah lewat malam kerana menulis surat untuk bos. Harap bos menerima teguran ini dengan hati terbuka. Maaf sekiranya kehadiran surat ini mengganggu ketenangan bos. Assalamualaikum...



Yang benar,
(Cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan)

No comments:

Post a Comment