Home


ShoutMix chat widget

Monday 5 November 2012

Tisu

Assalamualaikum...
Dear blog...

Antara perkara yang menyedihkan ialah apabila orang yang anda pernah sayang block anda dari FB....
Having a rough arguement and both are keep silence until once you open your FB, the add friend button appear at his page...

Dear Encik Koala...
Terima kasih atas semua pertolongan awak terutamanya sewaktu saya praktikal...
Yelah waktu hati sayang, semua benda jadi senang...bila hati sudah xsayang, semua benda pun xkena...
I am trying so hard to retain our relationship but somehow, it does't work anymore...

Ingat tak peristiwa sewaktu hari last praktikal sebelum saya balik kt rumah, saya gantungkan kad + kek buah slice kegemaran awak kat depan pintu rumah awak lepas tu terus balik...kenapa saya bagi 3 keping? Well I hope you know the meaning...Lepas gantung kek buah tu saya lari laju-laju...lari sebab saya takut...Takut saya akan hilang awak lagi...

Em...there are lots of moment that I missed so much...
Xmampu nak ucap dengan kata-kata...Mungkin tears waktu tulis ni boleh ceritakan...

Ingat tak impian kita sewaktu kat pantai dulu..Indahkan? We talk so much about our future and I still remember one thing, 'Awak kena belajar rajin-rajin biar sampai berjaya...Walau pon nanti saya xdengan awak dah, bila awak dah berjaya awak datang rumah saya sambil bawak result awak dan saya nak awak cakap:
 'Awak suruh saya belajar rajin-rajin kan, sekarang saya dah buktikan untuk awak, ni result saya hadiah untuk awak.'
Ye, beruang koala awak akan menangis untuk awak...
I will keep it in my mind and will try harder to prove it...:)

Dear Encik Koala,
Saya xtahu nak guna nombor digi tu untuk cakap ngn sape lagi...you are the only super buddyz...the one that gave me that number so that I can use to call you...Saya balik bercuti lagi 5 hari ni...
Xtahu la ada harapan lagi ke x untuk kita berjumpa...
Okies biler tulis part ni dah xnangis dh...ni la kelebihan tulis blog ni, emosi cepat recover...

Baiklah Encik Koala, saya xnanges dah, air mata dah merosot. Selamat malam, nak buat nota untuk test Khamis nanti pulak...I will prove to you for this semester...:)



Nota kaki :: Sebelum berpindah bilik, roomate sya bagi hadiah sekotak + lagi setengah kotak tisu untuk saya. Yar, maybe she knows that I might use it..Thanks roomate..*TISU BASAH SUDAH KERING DALAM TONG SAMPAH* :)


Thursday 11 October 2012

A Sleepless Night

Assalamualaikum & Hello..........!!!

Ha, hasil nukilan pertama semester ke -7 ! Okies, tulis tanpa niat, gara-gara xboleh tidurrrrr.....

2.00 a.m: Selesai cari journal pasal oil palm syrup, kemas buku, get ready to sleep.
2.30 a.m: Waiting somebody to release stress on phone...*Thanks Digi sebab ada Super Buddyz* Tunggu punyer tunggu sehingga hampir terlelap. Susahya nak betol2 tidur!
4.00 a.m: Terjaga dari terlelap. I see your name on my phone...*cancel niat tidur*lalalala...
5.00 a.m: Oh mata, cepatlah tidur...Kelas pagi nanti pukul 9....

                         ----------------------------------------------------------------------------

Pusing kiri, pusing kanan, kepala letak kt hujung utara katil, kepala letak kt hujung selatan katil, semua pun xmampu melelapkan mata. Doa tidur dah berkali-kali baca, Asma Ul-Husna yang selalu xsempat habis baca sebab tertidur pon dah khatam..>.<

                          ----------------------------------------------------------------------------

Setelah hampir sejam mencuba untuk tidur...
Terima kasih Ya Allah...rupanya ada hikmah disebalik ketidaktiduran...
Sujud pada-Nya di Subuh hari yang hening membuatkan hatiku menjadi sayu, tenang...
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar..
Makbulkanlah segala doa-doaku...

                           ----------------------------------------------------------------------------

Sejenak terfikir akan perbualan jam 4 pagi tadi...
Wondering something...sekiranya seseorang itu tidak mempunyai perasaan sayang, tetapi enggan melepaskan seseorang itu, apakah yang dinamakan pada perasaan itu?
Adakah penting diri?
Ya Allah, show me the right path...
Okies, matahari sudah mahu muncul, tutup kisah semalam, muhasabah diri, semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya...:)

Punca ketidaktiduran yang utama!


Nota kaki: Semoger semester ke-7 ini lebih baik dari sebelumnya...Semoga dipermudah...:) Go go final year!


Thursday 1 March 2012

Aku, Lori dan Roti

Assalamualaikum…
Ini adalah pengalaman manis untuk dikenang..HEHE.
Permintaan aku untuk mengikut encik penghantar roti ke kedai-kedai telah diterima untuk sehari. Aku melangkah yakin ke tempat ‘loading area’ seawal jam 4.40 PAGI sambil menunggu lori  yang bakal aku naiki. Kelibat Mr. Suresh muncul setelah 15 minit menunggu membuatkan aku tersenyum. Maklumlah, 15 minit menunggu itu aku ditemani oleh hampir 5 orang pekerja lelaki yang ‘ganteng’ dari Nepal dan beberapa orang lelaki yang tidak aku kenali yang sedang memunggah  dan memeriksa jumlah roti. Cukuplah sekadar aku memberikan senyuman tawar kepada mereka.HEHE. =.=”
Laluan penghantaran aku pada hari ini adalah di sekitar Puchong. 5.10 pagi, aku mula meninggalkan kawasan kilang bersama Mr. Suresh. Aku hanya memerhatikan Mr. Suresh membawa lori sambil bertanyakan sedikit sebanyak mengenai proses penghantaran dan ya, sedikit sebanyak proses berkenalan. Ternyata, dia xlokek berkongsi cerita dan pengalamannya dengan aku.
Oulet pertama aku ialah 7-eleven. Pekerja di sana terpinga-pinga dan tersenyum memandang aku. Maklumlah, mana pernah perempuan ikut naik lori pergi hantar roti. Aku seakan-akan dapat melihat tanda-tanda soal yang terawang-awang dari kepala mereka. Aku diperkenalkan sebagai pemandu lori yang baru. Pemandu lori yang xcukup ketinggian. Nak duduk seat lori pon terkial-kial. Tapi dia comel. Tahniah Mr. Suresh, ramai yang percaya cerita ‘kelakar’ Mr. Suresh tu.
Setelah beberapa buah kedai dilalui, nasi lemak menjadi santapan di pagi hari dan perjalanan kami diteruskan lagi. Carefour, Giant, kedai runcit, sekolah, pasar raya, pasar mini, Shell, Petronas, Esso, kedai 24 hour, semuanya aku masuk. Pendek kata, mana Mr, Suresh pergi masuk hantar roti, aku ikut. Dapatlah pengalaman masuk gudang, hantar roti (issue), ambil roti xhabis (return), guna handheld & printer, cara susun roti dan banyak lagi. Sambil tu, boleh jugak tengok gelagat dan pandangan orang bila aku kata aku ni penghantar roti baru. Oh ya, cuci mata juga adalah tugas sampingan hari ni.
Nak tahu cara buat roti? Boleh melawat ke sini..
Kira-kira 25 buah kedai selamat aku ‘lawati’ hari ni. Gembira, puas hati, dapat pengalaman baru, xbosan, xpayah menghadap komputer dan xpenat sangat. Yela, ikut orang hantar roti je. Kalaulah aku ni memangnya bekerja sebagai penghantar roti xtahulah macam mana. Aku try angkat bakul roti 2 buah pon dah senyum kelat usahkan nak angkat 4 buah tray yang dipenuhi roti sambil berjalan masuk ke dalam 25-50 buah kedai sehari. Lori pulak xaircond. Patutlah kekadang ada pemandu lori cakap penat. Ya, saya sudah faham. Bukan senang nak dapat gaji sebulan. INSAF.
Tepat jam 2 petang, aku sampai ke rumah setelah dihantar terus oleh Mr.Suresh. Aku xperlu lagi ke kilang. Aku disuruh berehat. Terima kasih Mr. Suresh. Kalu saya penat, Mr. Suresh dan yang lain mesti berganda-ganda penatnya kan. I’m having a great experience today…Kesimpulannya, saya akan lebih menghargai nilai sebiji roti… J
Nota kaki :: Mr. Suresh nak ajak aku pergi hantar roti lagi. HAHA. Sukela tu dapat assistant yang peramah, rajin dan COMEL.KEHKEHKEH.

Monday 13 February 2012

Cuti Semester Ke-5

Assalamualaikum....
Hai blog kaktuscomei yang berkulat gara-gara 2 bulan xupdate...HEHE..
Sempena cuti semester ke-5, so mencemar duli sebentar untuk mengupdate blog...:)

About 20 days at home and Alhamdulillah...everything is good and running smoothly....
Perkara best kat rumah selain jumpa mak ayah dan keluarga ialah dapat pegang kuali. Yup kuali, sudip, oven, mixer, loyang dan sewaktu dengannya.
Jawatan yang memang wajib diisi sewaktu cuti semester: TUKANG MASAK pengganti emak.
Nak harapkan anak teruna lagi 3 orang memasak ibarat menunggu kucing bertukar jadi zirafah.

I'm gonna miss this most at kitchen! HEHE.
Cuti kali ni jugak dapat banyak sangat ilmu pasal masak-memasak ni...
Maklumlah almost everyday tengok blog masakan dan youtube cara-cara nak buat kuih dan kek..HEHE
Untuk persediaan masa hadapan yang cemerlang.Ehem.

By the way, bersyukur sangat dapat mak dan ayah yang memahami anaknyer...
Mana tak nyer, parents belikan buttercup, telur, tepung, susu, gula untuk anak dia buat kek...
Bertambah semangat...HIHI
Nak beli sendiri poket xcukup tebal...Uhuk.

Gembira sebenarnya bila tengok orang yang kita sayang makan masakan kita walaupun letih jugak kekadang memasak ni..HEHE.
Bila mak balik kerja, dah siap masak untuk lunch....
Bila mak ayah balik dari surau, dah siap buatkan kuih dan air untuk kudapan malam...
Yela, masa ni la nak berbakti untuk mak ayah kan...Nanti p sambung study pulak, kerja, kahwin...=.="

Ermmm umur 26 paling lewat kot.*lalala*
So, tu jela nak ditulis sebenarnya...Sebak jugak bila sebut pasal mak ayah ni..HEHE...
I want to be the best daughter for them...
Semoger dipanjangkan umur untuk terus menggembirakan mereka...Nak balas jasa tu memang xterbalas la kan...

Nota kaki :: InsyaAllah parents nak p haji tahun ni...Semoger memperoleh haji yang mabrur...Oh debaran menunggu result sem-5 pada 16/2 ni...Glurppp...