Home


ShoutMix chat widget

Saturday 27 August 2011

Telur Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum...

Ini adalah untuk persediaan masa hadapan. Ehem.
Masak lemak cili padi.
Dengar nama masakan pun dah kecur air liur kan..HEHE.

So, lets check it out...
Ini adalah persediaan untuk 5-6 orang.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk display jerk..

Telur ~ 5/6 biji (disarankan agar telur itik)
Santan ~ separuh/ sebiji kelapa (ikut kepekatan yang dikehendaki dan saiz kelapa)
Bawang merah ~ 3/4 ulas
Bawang putih ~ 4 ulas
Kunyit hidup ~ satu hirisan (rujuk gambar)
Halia ~ satu hirisan (rujuk gambar)
Asam keping ~ 3 keping
Serai ~ 2 batang
Cili padi ~ 25 biji/ ikut kepedasan yang disukai
Garam dan gula secukup rasa ~ inilah pentingnya pengalaman memasak tau. HEHE.

Cara penyediaan:
1. Pertama sekali, masukkan santan dan asam keping ke dalam periuk. Panaskan.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan cili padi yang telah ditumbuk lumat.           Kemudian, masukkan juga serai yang telah diketuk. Sentiasa kacau dan tunggulah sehingga menggelegak.
3. Setelah menggelegak, masukkan garam dan gula. Kacau sebentar.
4. Akhir sekali, pecahkan telur dan masukkan sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan agar telur tidak hancur.
5. Setelah masak, angkat dan hidang kan.

Hasilnya :


Gambar xcantik xpe asal sedap..HIHI..:)
* Selain telur, boleh juga gantikan dengan ikan, udang atau pun ayam.
* Boleh juga dimasukkan sekali hirisan nanas/ tomato/ timun/ daun kunyit yang dipotong halus.

Selamat mencuba. Xsusah pun...
Homemade cook kan lebih terjamin khasiat dan kebersihan...
Ha, masakan isteri juga adalah petua untuk menambat hati suami.:P

Thursday 25 August 2011

Speechless Drama

Assalamualaikum...



Doodle from the heart...

Wednesday 24 August 2011

Awak Perlu Rasa Perasaan Itu!

Assalamualaikum...

Salam 24 Ramadhan...
Entry terhasil setelah menerima feedback daripada rakan-rakan tentang status FB saya yang seakan frust menunggeng akibat putus cinta. Uhukuhukuhuk. Tersedak pulak.
Well, to make it short, HATI SAYA XSIHAT. HEHE. Oh, lupakan saja tentang itu.


Awak perlu rasa perasaan itu? Yup, awak perlu rasa. Anda perlu rasa.
Perasaan aper? PERASAAN BREAK UP.
Reason?
Supaya awak belajar untuk menghargai sesuatu.

To make more understanding, hayatilah drama TV 0 ini.
-------------------------------------------------------------------------------------
Watak : Gayah~G, Senah~S, Husin~H. (nama-nama ni xkaitan dengan yang hidup atau yang mati yerk)

Once upon a time, H kapel dengan S. Lepas 2 tahun dorg break atas beberapa sebab. Tinggallah si S keseorangan yang menjadi mangsa kesedihan melampau akibat break up. Then, H kapel la pulak dengan si G dalam setahun lebih. Everything is running smoothly in the beginning but lately, G buat hal. Siap kata lagi, G dh xfeel kat H. At the same time jugak, H mula berbaik dengan EX dia dulu a.k.a S. Yela, S kan maintain single. In the end, H ngan G break up dan H mencari S kembali agar mereka dapat bersama semula.

Persoalannya di sini, haruskah S menerima ?
-------------------------------------------------------------------------------------


You should give him a lesson!

HEHE. Tu adalah jawapan saya setelah membaca drama tersebut. Well, xkan la senang-senang jerk awak nak berbalik g2 ye dok...Ingat S tu pemain simpanan ke ni. Bila xnak, letak tepi, bila nak, panggil balik. Ouchh...
Ini kes hati perasaan jiwa raga zahir batin yerk. 

Awak patut rasa bagaimana perasaan break up yang telah dihadapi oleh S tu. Kesedihan melampau akibat break up. Sebabnya, bukan mudah untuk menghadapi recovery process lepas putus cinta ni tau! Kalau xpercaya, tanyalah kepada yang lebih berpengalaman tapi janganlah tanya pada spesis "BUAYA". Kalau tanya spesis tu, sampai muka dah kerepot pun xdapat jawapan.

Frankly speaking, if you're mean to him, you will be together. Have some more patient untuk tengok keikhlasan dia. If not, there might be another guy that deserve you more.

So to S, kalau H tu betul-betul nak kembali dekat awak bukan atas reason awak pemain gantian, pastikan dia betul-betul berusaha. Buat masa sekarang, biarlah dia feel perasaan frust dulu. Bukan apa, supaya dia lebih menghargai perasaan dan pengorbanan awak dulu.

Nota kaki :: Haishhh tetiba feeling emo kat drama tu lebih-lebih. Macam real story pulak kan. Uhukuhukuhuk. Tersedak lagi. Bahasa yang digunakan adalah rojak tahap asbestos.=.="

Tuesday 23 August 2011

Kelebihan Henfon Xcanggih vs Henfon Canggih

Assalamualaikum...

Fall for you!

Okies sangat rambang mata dengan pelbagai model henfon kat pasaran sekarang. Ada function tu ada function ni, pendek kata, dalam seketul henfon tu macam-macam la nak muat. 1 jerk persoalan dalam kepala saya, FUNCTION BANYAK-BANYAK TU TAHU GUNA KE X?~(Ohh terasa)
Tapi bagi yang ada duit, ON je kan.

Samsung Galaxy SII, Xperia, Iphone 4, Blacberry Torch, Blackberry Curve, Nokia N9, Vivaz, Aino, Satio dan banyak lagi. Actually nak taip nama-nama phone ni pun terpaksa google dulu. Oh betapa tidak mengikuti perkembangan gadjet ini..yang tahunyer henfon model-model baru ni mostly smartphone, touchscreen, android, symbian dan bla bla bla...Nak komen lebih-lebih pun xtahu function. HIHI. =.="

Antara model-model phone kat atas tu, saya dah beli satu. Bukannya nak ikut trend sangat, dah henfon hilang, beli la satu. Alang-alang nak beli, nak la yang upgrade sikit ye dok..HEHE. So, tarikh keramat 16 Ogos a.k.a my birthday, selamatlah membeli sebuah henfon. Touchscreen gitu. HEHE. Beli pun sebab model tu cantik. Warna light pink g2. So, mana xterpikatnyer...Haishhh..

Dah genap seminggu guna henfon tu, seyesly cakap, rindu kat henfon lama. Sobsobs. Kalaulah kutahu gerangan yang mencopetnyer..=.="
Okies ni adalah reason kenapa rindu kat henfon lama yang tidak canggih itu.

4 dari kiri~ in memory...sobs3
Henfon xcanggih itu adalah model W508 a.k.a. walkman phone. So, beterinya lebih tahan lama walau pun dengar lagu lama-lama. Kalau xdengar lagu, mahunyer betri xpayah cas 5-7 hari. Sesuai untuk insan yang punyai tabiat malas mengecas henfon. Ehem. Oh henfon ini juga sangat comel.

Henfon canggih itu adalah model Vivaz U5. Errr canggih ker? HAHA. Touchscreen, wifi, GPRS, camera HD 8.1 MP dan bla bla lagi yang xtahu fungsi. HAHA. Gelak kat diri sendiri lagi. Siyesly, betri sangat xtahan dan membuatkan diri ini emo rase nak baling-baling dengan henfon itu. Nasiblah engkau cun wahai henfon.

Henfon xcanggih tu jugak boleh mesej time pejam mata. Contohnya dah pukul 2 pagi, mata mengantuk xingat dunia tapi nak kena balas mesej ehem-ehem. So, pejam mata pun boleh taip mesej. Macam xbiasa pulak kan. HEHE. Pastu mulalah nak taip RINDU jadi SINDU, ABG jadi ABI, SYG jadi AYM...Itu anda bukan saya.

Henfon canggih nak mesej time pejam mata? Toucscreen tu. Pendek kata, xtau la nanti kalau taip keluar aper.  Mungkin taip MALAM jadi MALANG, LETIH jadi GEDIK, BABY jadi BAB*...Xpercaya, cuba la. So, conclusionnya, jam 2 pagi tu, xyah nak mesej-mesej sangat dah la. Silent kan henfon dan baca doa tido.


Henfon xcanggih xyah nak care lebih-lebih. Jatuh pun xrisau sangat. Ambik, sapu-sapu cikit takut calar, then guna macam biasa. Tahan lasak kan.


Henfon canggih kalau jatuh gelabah bukan main. Setiap sejam check takut calar. Siap ada "baju" lagi punyer la extra protection. Oh sangat double standard berbanding henfon lama.


Henfon xcanggih charger nya macam biasa.Semua model boleh masuk. Kalau lupa bawak charger boleh pinjam yang kawan-kawan punyer, no hal la.


Henfon canggih menggunakan charger USB. Dah lain dari yang lain. Kalu lupa bawak charger, nak xnak, kenalah cari kawan yang guna charger USB jugak. 


HOHO. Saja jerk senaraikan kelebihan henfon xcanggih supaya anda berfikir banyak kali sebelum bertukar kepada henfon yang lebih canggih. Bagaimana pun, henfon canggih pun banyak juga kelebihannya. HEHE. Yela, kat toilet pun ada wifi. So, nak update status FB time ***** pun boleh kn...Eewwww...HAHA.
Em kalau pakai henfon canggih mana pun tapi kalau kedit x xmakna jugak kan.HEHE

Nota kaki :: Company henfon perlu lebih peka kepada pengguna kidal. Jangan buat tempat charger belah kiri boleh x? Nak taip mesej time cas sangat menyakitkan hati.

(Sape suruh mesej time cas henfon. Bahaya nok...) <----- Company henfon balas.

Saturday 13 August 2011

Diari Seorang Pekerja Dot Dot Dot

Assalamualaikum…

Ini adalah cerita benar yang berlaku di Planet Namek.



Untuk mengelakkan daripada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Nama bos : Mr. X
Nama pekerja : Miss. Y
Tempat kerja : Planet Namek
Jadual kerja : 5.30am-10.00am  BREAK 4 JAM  2.00pm-9.30pm
                   9.30am-9.30pm
Tugas : Buat semua kerja selagi xpatah kaki
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syarat-syarat kerja:

-Kerja 12 jam ++ sehari dan cuti sehari seminggu

-Lewat 15 minit ganti sejam kerja

-Gaji sebulan $600 Dollar Namek

-Gaji dibayar tengah-tengah bulan. Let say awak masuk kerja 1/6/2011. Janji berhenti 9/9/2011 untuk sambung belajar. So saya akan bayar gaji awak 15 or 16/7/2011 untuk sebulan gaji. Kalau awak berhenti, awak akan rugi gaji untuk 15 hari. Awak hanya xrugi kalau janji tarikh awak nak berhenti tu awak ikut iaitu 9/9/2011 sebab saya akan bayar gaji sehingga tarikh tu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Bos : Kalau awak setuju dengan syarat-syarat ni, esok boleh la datang kerja.
Pekerja : Ok.(dalam hati : aku blurr2 ag ni ape mamat ni ckp. Xpela kot,nak cari pengalaman keje je.1st time neyh,excited plop,hihi)
 -------------------------------------------------------------------------------------              
Miss Y pun memulakan tugasnya di planat Namek itu…

1st day keje : Aku rase skru kt kaki aku ni dah nak tercabut

2nd day keje: Huhu. Lenguhnya

3rd day keje: Tangan luka. Tangan kena air panas

4th day keje: Nak berhenti xnak berhenti nak berhenti xnak berhenti

5th day keje: Argghhhh xtahan xtahan. Penat.

6th day keje: Aku rasa macam zomba dah. Tido xcukup. Semalam balik lewat,masuk keje awal pagi

7th day keje: Aku nak kuar gi jalan-jalan. Aku nak g pantai. Aku nak gi Big Apple. Aku nak on9 lama-lama. Aku nak gayut sampai lewat malam. Aku nak lepak-lepak ngan kawan. Aku nak jumpa mak ayah aku lama-lama pun xsempat. I want my social life back!!!

8th day keje: Maaf semua. Saya nak berhenti. Tekad. Yup, gaji xkan dibayar kalau benti cmni jerk. Sia-sia kerja seminggu. Xpela, aku terpaksa redha.

9th day keje: Eh aku datang kerja?? Hasil pujukan Miss A a.k.a isterinya Mr.X. Kalau ikutkan memang xnk kerja. Okies BERTAHAN…BERTAHAN…Until dapat gaji pertama yerk!Arghhhh………..

10th day keje…11…12…13…14…15….16…17…18…..19……20…25……38.….sehinggalah….

45th day keje: Akhirnya dapat gaji hari ni. Gaji sebulan $600 dolar Namek untuk 45 hari kerja sebab nak resign awal. Xnak ikut perjanjian. So, sila calculate la. $600 / 45 hari / 12 jam kerja sehari. Hasilnya?

$1.1111 dolar Namek per hour. Is it worth?

Alhamdulillah. Syukur dalam kepenatan. Gaji pertama bukannya gembira sangat tetapi lebih kepada perasaan puas hati. Puas hati sebab xmengaku kalah pada kepenatan bekerja kt planet Namek tu. Tomorrow, say babai to planet Namek. Jangan harap dah nak keje kt sana. Serik. HAHA. By the way, I learned lots there. Thanks for “meaningful” experience.

To my buddies a.k.a planet Namek’s crew, I love you all. Tanpa anda semua yang happening, sporting, gila-gila, memang xdah nya nak fikir banyak-banyak kali nak berhenti ke x. HEHE. Keep in touch okies! J

Nota kaki :: Kerja 45 hari bayar gaji sebulan. Okies memang ikut perjanjian tapi perjanjian yang "BIJAK". Sebab apa? Kat tempat lain, xde nya sampai 15 hari xbayar gaji tu. Maximum 3 hari jerk. Xcayer? Ask your parents. Ask orang yang lebih berpengalaman bekerja. So to Mr. X, sekarang awak dah tahu kenapa xorang boleh stand lama-lama kerja kt planet Namek tu.

Renungan: Tula masa dapat kerja excited sangat. Xpk panjang ha. Haishhh…Cmni ker budak U..HIHI.

*Siapakah Miss Y itu? Jeng jeng jeng…*

Apakah Perasaan Break Up?




Doodle from the heart...

Sunday 7 August 2011

Monolog Ramadhan ke-7

Assalamualaikum…



Tinggalkan aku sendiri…
Jangan di duga lagi hati ini. Hati ini sudah penat. Penat dalam mencipta perasaan sendiri.
Aku tidak mahu memberi harapan…
Aku juga tidak mahu lagi berharap…
Cukuplah…
Ya Ramadhanku diuji.
Bukan dengan kehilangan tetapi dengan kehadiran….
Kehadiran yang bisa menggugat ketenangan…
Kehadiran yang bisa membuat parut lama berdarah kembali…
Untuk apa kembali jika hanya menyakiti…
Untuk apa kembali jika hanya simpati…
Aku bukan aku yang dulu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
HAHA. Bulan puasa pun nak buat drama swasta lagi!!!

“Saya nak kita macam dulu. Saya dah fikir betul-betul dah. Hanya awaklah yang sesuai untuk menjadi calon isteri saya. Ibu kepada anak-anak saya. Lagipun tahun depan saya dah start kerja. Kali ni saya serius. Xmain-main dah. Saya xnak hilang awak… Sudi xawak jadi isteri saya…?”

Setahun setengah aku mencari jawapan...
Dan jawapan aku cukup mudah...
Your first mistake was leaving me. Your second mistake was giving me the chance to realize I could live without you. Yup, it may seem as the hardest thing to do, but I have to forget the guy who forgot about me.

Prinsip itu aku pegang seeratnya.
Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu ke kuliah dengan mata bengkak lagi! Aku juga sudah PENAT. Penat menangisi nasib diri. Bukan sehari dua. Bukan seminggu dua..dan bukan sebulan dua…dan sehingga aku juga sudah tidak mampu menulis diari lagi. Untuk apa aku menulis jika semuanya tentang kesedihan? Emm pernahkah awak peduli semua ini?

Dan dari kesedihan inilah perlahan-lahan aku membina diri. Mencari kekuatan. Mencari ketenangan. Seterusnya membawa aku kembali pada Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya, aku banyak mengadu pada-Nya kerana sesungguhnya aku tidak kuat dalam menghadapi perasaan aku sendiri.

Awak...
Pergilah awak…
Biarlah hati ini sendiri…
Biarlah hati ini pergi untuk yang lebih menghargai…
----------------------------------------------------------------------------




Nota kaki :: I believe when someone walks out of your life they are giving you the sign there is someone better to be in your life. Cuma aku redha sekiranya takdir telah menetapkan kita bersama kerana sebaik-baik perancangan…hanya Allah Maha Mengetahui.

*Jangan kau pelik sekiranya orang membunuh diri disebabkan cinta. Yeahh, cinta juga bisa membuatkan kau menjadi manusia gila dan hilang pertimbangan! Jangan juga kau katakan cinta itu remeh. Sekali kau terkena panahannya, kau juga akan berasa sakitnya…*

Monday 1 August 2011

Azam Ramadhan Ini

Assalamualaikum…



Salam Ramadhan 1432H…
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berjumpa  bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya…

Wahhh akhirnya dapat juga berpuasa penuh di rumah. Xseperti zaman hostel, tiga hari nak rayer baru dapat balik. HUHU. Nasibla start duduk hostel dari form 4, kalaulah dari form 1…=.="
Hurm whatever it is, grab this opportunity wisely!

Sangat banyak azam di bulan Ramadhan ini. Azam yang baik okies! Bukan bulan lain xnak jadi baik tapi mungkin Ramadhan adalah permulaannya. Lagi pun, pahala masa bulan puasa ni berganda-ganda yerk….

Senarai azam
1. Xnak tinggal terawih kecuali hari xpuasa
2. Emm nak khatam 1 quran tapi macam x…So, try at least 15 juzuk..HIHI.
3. Nak turun berat at least 6 kg!HAHA. Yela time puase ni la peluang yang ada. Kalau tahun lepas xberazam nak turun berat pun dah lost 4 kg, so dengan azam ni harap-harap 6 kg berjaya diturunkan.

Senarai aktiviti cuti
1. Lima kali seminggu mengajar tuisyen. Alhamdulillah, jadual tuisyen dah xmalam. Bolehlah berterawih dengan tenang.
2. Apalagi, aktiviti wajib, on9 la…HIHI
3. Belajar Mandarin guna Youtube ngan buku jela. Kalau xpractice nanti basic Mandarin yang ada pun semakin lupa. So practice make perfect! Nak ngorat chinesse boy tau!!!
4. Study resipi. HAHA.

So, tu jela beberapa senarai azam dan aktiviti ke arah menjadi lebih baik especially bulan puasa ni. HIHI. Harap dapat jalankan senarai di atas dengan jayanya!
Oh selamat berpuasa juga untuk semua umat Islam seantero dunia. ...

Nota kaki :: Opss lepas habis bulan pose kena tengok balik checklist neyh...HEHE.