Home


ShoutMix chat widget

Thursday 30 June 2011

Bicara Hati Umur 21

Assalamualaikum...

"Umur 21 tahun adalah umur yang sesuai untuk ibu bapa mula berbicara soal jodoh"
HEHE. Mungkin akan ada yang senyum gatal, ada yang angguk tanda setuju, ada yang menggeleng, dan mungkin ada yang hanya menjuihkan bibir. Okies, fine. Belajar xabez lagi, makan minum mak ayah tanggung, topap pon xmampu beli sendiri, minyak moto ayah tolong isi, lesen kete xlagi, bla333333 ada hati nak cakap jodoh-jodoh. =.="

Actually ayat pertama tu adalah petikan dari seorang ustaz.

Opsss, adakah umur 21 adalah terlalu muda untuk berbicara mengenai cinta a.k.a teman hidup?

Looking for a right key to open

Emmm soal hati adalah sesuatu yang sangat subjektif. Kita xtahu hati orang. Orang xtahu hati kita. Kepada siapa harus kita berserah? Yup, kepada Yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar yang telah menentukan jodoh kita walau sejauh mana kita mencuba, sejauh mana kita mencari yang terbaik, sedalam mana cinta kita pada pasangan kita, seandainya dia bukan jodoh kita...
Yeahhhh, itu bukan bermaksud kita xperlu berusaha dalam mencari pasangan hidup!

HEHE. Admit diri ini bukanlah seorang yang arif mengenai jodoh ker couple ker...cinta ker...tetapi merupakan insan normal yang mempunyai perasaan yang sometimes not realize how much she likes one guy until she watch that guy likes someone else. HAHA. Sakit kan. =.="

Don’t be too good I will miss you...
Don’t be too caring I might like you...
Don’t be too sweet, I might fall...
It’s hard for me to love you when you won’t love me after all...

Ingin bersetuju dengan sesetengah pendapat bahawa lelaki dan perempuan xleyh jadi kawan baik sebab salah sorang akan terlencong. HAHA. Oh perasaanku, sila kawal, jangan terlencong okies. Kalau nak terlencong biar dua-dua sekali. Yela, kan ada pepatah, bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi. Lain la kalau tepuk kompang. Tepuk sebelah tangan jerk.

Entry yang terhasil setelah mendengar lagu Pujaan Hati oleh Kangen Band. Layan. 




Liking someone doesn't mean that you love someone and loving someone doesn't mean that you can own someone!

Jika belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam..♥



Nota kaki :: Belum cukup 21 tahun lagi la... Xlayak nak berjodoh cinta lagi. HEHE.

Sunday 19 June 2011

Oh Kerja! : Part III

Assalamualaikum...

15 hours working time in a day. Bangun jam 5.30 pagi dan bekerja sehingga 11.30 malam hanya dengan 4 jam break.Kaki rasa dah xjejak kt bumi. Fikiran pun macam orang kt Tanjung Rambutan dah. *crying mood*

Sekarang saya dah faham kenapa ada orang saja-saja malas bekerja. Sebab kerja itu memenatkan.
Sekarang saya dah faham kenapa sesetengah orang berkira. Sebab susah nak dapat duit.

Balik jam lewat malam, kehujanan, kesejukan, ketakutan, keseorangan dan esoknya perlu bekerja seawal 5.30 pagi. Damn!

Balik lewat sebab flight delay. Ribut. Balik lewat sebab ada function kat cafe. Kena kemas-kemas dan basuh pinggan. Ingat xpenat ke! Dan upah diberikan juga tidak memadai. Yup, mintak duit kat ayah pun boleh dapat lebih dari jumlah tu. Tetap bersyukur dan menerima duit upah itu sebagai hasil usaha sendiri. Emm saya xpernah sangka part time job saya akan seteruk ini. Yup, almost 100% pekerja bawahan adalah student part time. Dan hampir semuanya melahirkan kekecewaan yang sama.=.="

Dah tau penat kenapa xberhenti jerk???

Sebab saya mahu gaji pertama saya.
Dulu saya expect gaji pertama saya sebagai tanda kepuasan bekerja tetapi mungkin sebaliknya akan berlaku. Gaji pertama yang bakal saya terima adalah simbol kemenangan dalam mengharungi kepenatan. Yup, totally exhausted.

Mungkin saya dan kawan-kawan masih mentah dalam dunia pekerjaan. Kami yang rajin. Kami yang dengar kata dan xpandai melawan. Kami yang redha. Kami lah pekerja yang patuh untuk Encik Boss.
Oh bos, fahamilah situasi kami yang kepenatan. =.="

Take it in positive way okies! Bersangka baik. Maybe Encik Boss ada terlepas pandang tentang kebajikan pekerjanya dari segi kepenatan yang dihadapi. Justeru, kepada bos-bos lain, bakal-bakal bos, concern lah tentang pekerja anda. Kepada diri sendiri, kutiplah sebanyak mungkin pengalaman bekerja di sini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sebulan jerk okies. Oh diri, bertahanlah.



Nota kaki :: Follow your passion, and success will run after you. Kaktuscomei cafe in making. HEHE. Gambate!!! Sambungan daripada Oh Kerja! dan Oh Kerja! Part II.

Wednesday 15 June 2011

Surat Untuk Encik Bos

Assalamualaikum...

Kehadapan bos yang saya hormati, sekiranya bos terbaca surat ini, maafkan saya sekiranya terkasar bahasa, terdapat kesalahan tatabahasa, kesalahan bahasa rojak, malah tidak ingin sekali membuat bacaan meter tekanan darah bos meningkat. Ini adalah surat yang ikhlas dari hati.

Dear boss,
     Thanks so much for giving me an opportunity to work at one of your cafe. Yes, I had learnt a lot from this job. Yeah, belajar untuk bangun seawal jam 4.45 pagi kalau kena kerja time pagi sebab punch card jam 5.30 pagi , belajar untuk buat air, serve makanan, melayan costumers, jadi casher, pasang tiang pintu kedai, cara untuk membuat makanan lebih eye-catching, mengemop lantai, menyapu sampah, membasuh pinggan, lap meja, lap pinggan, angkat tray, susun tray dll. Sangat banyak pelajaran daripada kerja di cafe ini kan...Terima kasih.

Dear boss,
     Hari pertama bekerja kaki saya terasa nak patah dan mahu give up untuk pergi kerja keesokannya. Namun, demi minat saya untuk mendalami kehidupan di cafe, saya teruskan juga perjuangan saya walaupun sangat banyak dugaan. Saya juga banyak mendengar desas desus yang kurang enak mengenai bos, tapi saya xamek kisah pon sehinggalah saya merasakan desas desus itu sememangnya benar.

Dear boss,
     Saya tahu bos seorang yang kaya. Punya banyak business, tapi bos agak berkira. Opss maafkan saya sekiranya terlalu berterus-terang. Sekiranya punch card lewat 15 minit atau lewat setengah jam, kami kena ganti sejam. Bos tahu x, kami perlu bekerja selama 12 jam dan kami tidak pernah bekerja kurang dari itu.
Bos tahu kan jadual kerja kami.
--------------------------------------------------------------------------
5.30 am-10.00am   ~BREAK~   2 pm-9.30 pm
9.30 am-9.30 pm
---------------------------------------------------------------------------
Tapi bos tahu x, saya dan kawan-kawan xpernah merasa balik jam 9.30 malam. Saya sampai rumah 10.00 malam sedangkan rumah dan cafe hanyalah 10 minit. Kadangkala, 10.30 malam baru sampai rumah. Kalau ada flight delay, cafe pun akan turut tutup lewat. Saya tahu saya bujang. Xkomitmen sangat. Okies fine. Datang kerja suruh punctual, balik xnak macam tu pulak. Bos boleh berkira, kami pun boleh. Kami pun belajar math bos! 

Dear boss,
     Saya tahu bos telah memasang 4 CCTV di cafe kami. Yes, itu tanda bos sayangkan kami. Bukankah CCTV dipasang untuk keselamatan? Walaupun bos gunakan CCTV untuk mengelakkan kami curi tulang. =.=". Kami baik bos. Hanya minum air mocha, milo or cappuchino jerk untuk sarapan.

Dear boss,
     Sekiranya kami bekerja kurang dari sebulan dan berhenti tanpa alasan yang kukuh, kami xakan dapat gaji. Simpati dengan kawan yang bekerja 2 minggu tanpa mendapat sesen pun. Seandainya bos tahu penat kami bekerja seharian. Jadi tidak hairanlah seandainya bos tidak mempunyai pekerja bawahan yang kekal di cafe. Ada yang hanya datang kerja sehari, seminggu dan terus xdatang-datang. Emm setakat 2 minggu saya bekerja di cafe, pekerja cafe paling lama pun belum cukup sebulan bekerja melainkan H.O.D.~Head of Department. Nasib la dapat kawan-kawan kat cafe yang sporting dan happening.

Dear boss,
     Appreaciatelah usaha kami dalam memastikan perniagaan bos bertambah maju. Kerja kat cafe yang kadang-kala sangat sibuk amatlah menguji kekuatan fizikal dan mental. Cuba bos berada di tempat kami untuk sehari. Mungkin bos akan M.C untuk 2 hari. Saya yang kudrat muda pun akan bertungku setiap kali sebelum tidur. Lenguh badan-badan. Mujurlah ada tungku elektrik kt rumah.

Dear boss,
     Saya harap bos tidak berkira sangat dengan kami. Sesungguhnya bos patut berbangga dengan pekerja-pekerja bos yang semuanya berdedikasi. Percayalah dengan kami dan jarang-jarang lah datang ke cafe kerana kehadiran encik bos boleh menggugat ketenangan kami. Kami semua pun xkan lama kerana semuanya akan sambung belajar semula. Selamat mendapat pekerja baru nanti. Apa-apa pun, terima kasih atas peluang ini. Semoga saya dapat bertahan untuk sebulan. Baiklah, sudah lewat malam kerana menulis surat untuk bos. Harap bos menerima teguran ini dengan hati terbuka. Maaf sekiranya kehadiran surat ini mengganggu ketenangan bos. Assalamualaikum...



Yang benar,
(Cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan)

Tuesday 14 June 2011

The Cafe

Assalamualaikum...

This is a true story about a cafe in an airport.
Just a typical plain story based on my experience. Nothing much special.

This cafe had truly change my life. Yeahhh, lack time to enjoy the world of fun and it is replace with another world~ CAFE WORLD~

Wake up early in the morning. When people are sleeping and dreaming about their dreams, I'm one step forward to achieve my dream. Working to experience the real life of a cafe world. Oh yeahh, 5.30 am should be there. You own your punch card. 15 minutes late, 1 hour working hour should be replaced. HUHU. What a good punishment. =.="
Emm damn tired! Lack of social life! That is the price I should pay to work there.

------------------------------------------------------------------
Baru perasan tulis blog dalam BI. HAHA.
(effect selalu speaking dengan costumers)
------------------------------------------------------------------

Memang sibuk dan penat tapi sangat seronok sebab dikelilingi oleh kawan-kawan yang sekepala.
Gossip situ sini. Posing kiri posing kanan. Usha pakwe hensem. Usha pramugari. Usha pilot. Usha amoi dari China. Ngorat abang kt kedai depan. Sharing problem. Luahan perasaan. Pendek cerita, all in one. Tu lah kerja budak-budak cafe especially time lapang. HEHE. Kami tak suka kalau ada flight delay. Terpaksa tutup kedai lambat. Sangat annoy okies. Dah la esoknya nak kena bangun pagi-pagi buta lagi. =.="
Suka tiru suara orang buat announcement kat airport. Suara yang mengada-ngada yang dibuat-buat. Siap boleh hafal lagi skrip dorg. HEHE.

Actually, saya sangat suka tengok gelagat orang-orang kaya, bussinessman dan anak-anak orang kaya yang kerek a.k.a sombong. HAHA. Setakat mak bapak korang yang kaya, do I care...kueng3.. Muka masa pesan makanan tu pulak macam baru lepas makan jus pegaga pure.=.="
Great experience there. Yeahh dealing with people sometimes can be more challenging.


A cup of coffee can keep thousands of story...

Nota kaki :: Teringat novel Pilot Cafe oleh Ahadiat Akashah. Saya nak ada cafe sendiri nanti. InsyaAllah...

Friday 10 June 2011

I always wait for Thursday

Assalamualaikum...

Thursday. Hari cuti. I'm not a cafe girl. Today I'm free. Yeahh agenda utama mestilah tidur yang cukup. Bangun tidur pergi jalan-jalan. Sehelai cardigan merah + sepasang wedges merah selamat dibawa balik. 3 bijik Big Apple Donut xsempat bawa balik. Hilang dalam perut sejak dalam kereta lagi..HEHE...

Okies, baru rasa nak menghargai cuti apabila penat bekerja. What a tired day before.=.="
Oh, hari ini walau pun cuti from being a cafe girl, jadi cikgu ganti untuk tuisyen Math form 2. So sudden without preparation pergi mengajar. =.=". Okies fine. Seorang budak xcukup ketinggian yang akan menangis setiap kali buat soalan math akhirnya jadi cikgu Math. HAHA. Sempat jugaklah fotostat soalan kat tempat tuisyen. Alhamdulillah, everything is running well. Tapi biasalah, ada student yang advance, ada yang lambat sikit. Emm Cikgu Syuhairah had tried her best okies.HEHE.

Niat untuk menikmati Nasi Kerabu Ala Thai selepas mengajar tidak tertunai. Sold out. KECEWA. Okies fine. Air Buah gelas besar+ Satay+Laksa Penang selamat berhijrah dalam perut.HAHA. 2 kilo lagi la nampaknyer....

Get ready for tired days. And for Thursday, I will always miss you. I'm promise with myself. This only last for 1 month and I will resign. Always hope for a better day. Miss spending time with family, friends and enjoying my day with cactus, roses and beach.

Share something that you love with  someone you love.
Oh I'm Miss J.Co.
Nota kaki :: Abang yang jual Big Apple tu sweet. Cop nak ngorat. HAHA. Oh, I'm already being Miss J.co. =.=". Saya memang suka warna merah + pink. Awesome.

Tuesday 7 June 2011

Quitters never win, winners never quit but..

Assalamualaikum...

7/6/2011. Jam 9.30 pagi ke tempat kerja dengan satu azam. NAK BERHENTI KERJA!
12 hours working in a cafe. Yeahh damn tired. =.="
Kerja kerja kerja...sehingga 9.30 malam. Okies xberhenti jugak. 
Balik kerja kehujanan. Merempit bersama TAK1091. Fine, helmet xada cermin. Hanya orang yang pernah naik motosikal xcermin helmet je tahu cmne perasaan time tu. Air hujan kena muka + masuk dalam mata. PEDIH tu rasa macam nak parking je moto kt jalan. Then tidur kt pondok. 

Semalam lagi giler. Kerja jam 5.30 pagi sampai 5.30 petang.Then stadi sikit buku form 3 sains sebab dah start jadi cikgu tuisyen part time dari 8.30 malam-10 malam. 

Henfon xbetri. Lupa bawa jam. Sedar xsedar dah nak tutup dah tempat tuisyen tu. Yeahh mengajar itu sangat seronok. Dan gaji mengajar sejam setengah itu sebenarnya melebihi gaji 12 jam kerja di cafe. Actually I don't care too much about the salary. I want to enjoy the beauty of work but working in that cafe actually killing me softly...=.="

Quitters never win, winners never quit but..those who never win and never quit are idiots.

Should I be a winner? OR Should I quit?

Okies DILEMA. I love working in cafe because of the price of experience. Yeah EXPERIENCE! You can't get it from book. You can't get it by reading this writing. You have to feel it yourself. But too long working hour+hard word make me sick of it.
Bila fikir balik, nak quit terus, then jadi cikgu tuisyen jerk. Senang. Arghhhhhhhh....

Sebulan kerja baru dapat gaji then quit? The main point is, can I stand until that time? HUHUHU...=.="
And now I'm in the middle of that way...

Praying the best for the choice that I will make. Yeah life is always about choosing between two path. =.="


Nota kaki :: Bila penat rasa nak marah-marah. Lost my humour sense...Oh, teruk sangat ke kerja kt cafe situ? My answer is: Enjoy tapi penat. Tu je conclusionnyer. Its better you come and work here. Maybe to replace me. =.="

Sunday 5 June 2011

Adakah orang kaya cerewet +demand?

Assalamualaikum...

Kaya = Cerewet+Demand?

Customer A : Saya nak nasi putih. Siap letak nasi, then si A nampak Mr. X makan laksa Penang. So dia cancel nasi sebab nk laksa juga.

Customer B : Saya nak air teh. Xnak gula xnak susu pekat. Tapi nak susu cair jerk. Xkan xada kt sini air tu... Last-last buat air ikut instruction dia.

Customer C : Saya nak jus epal hijau. Xnak gula tau. Cepat sikit flight dah nak sampai.

Customer D : Emm ada aper yerk...Nasi? Xnak...Spagetti? Xnak la..Continental meal neyh aper yerk? Emm xpela xnak la.

OH YEAHH...CUSTOMERS ALWAYS RIGHT KAN!. =.="
KERANA PEPATAH TU LA KAKI MACAM NAK PATAH..

Fresh apple juice without sugar...DONE!!!
Tu la suasana di sebuah cafe di Airport Terengganu. Seronok kn? HAHA.
Yeahh...kebanyakannya dikunjungi orang-orang kaya.
I didn't blame anyone in this case. But I'm very sure you're going to feel the same thing when we are in the same boat on that time. Feel annoyed and damn tired! Yeahh with non-stop customers at once time and you're demanding and I have to give you a nice+sweet fake smile...HATE THAT.

Oh actually I don't want to talk about others. Just to remind me and open up my mind with one thing: CUBA KALAU KITA YG BERADA DI TEMPAT ORG YG BUAT MAKANAN TU...

Mungkin ada orang-orang kaya yang akan terasa dengan tulisan ini. HAHA.
Okies I admit that not every rich people are "CEREWET". Ada yang baik dan layan kami dengan baik dan humble. Kan bagus.Terubat sedikit kepenatan.

Nice taste but have you ever think about how to make it?
Nota kaki :: Senyuman itu satu sedekah. Sedekah lah dengan ikhlas. Oh tadi jumpa menteri besar Terengganu dan pasukan bola T-team breakfast. Mood sekarang: Heart lub dup lub dup. Esok result sem 4 akan keluar.

Saturday 4 June 2011

Oh Kerja! Part II

Assalamualaikum...

Hari ketiga bekerja.

PENAT...=.="
Pinggang rasa mahu tercabut. Kaki nak patah. Badan pun lenguh-lenguh. Huk3.

TERHARU...=.="
Balik rumah family tunggu kt ruang tamu sambil tunggu cerita untuk dikongsi hari neyh.
-------------------------------------------------------------------------------------

Ayah : Camne kerja hari neyh
Kaktuscomei: Lenguh.duduk kejap2 je..tp ok gk..em kwn2 bez...keje pon boleyh la..
Ayah: Meh ayah tolong picit kaki...
Kaktuscomei: Hulur kaki dengan perasaan terharu yang amat. =.=

Mak : Macam nak demam dah mak tengok sambil tangan letak kt tangan dan dahi.
Kaktuscomei : Xlagi, ok jerk..masih mampu bertahan. Hehe.

Yeahh...I'm always be your baby girl...Alhamdulillah. Thank you Allah for sending me the best parents in the world!

-------------------------------------------------------------------------------------

Baru tahu bukan senang bekerja neyh yerk. Belajar susah. Kerja pun susah. Phewww...
Harap dapat bertahan. HEHE.
Xmasa nak tengok tv, nak hangout, nak pergi pantai, nak bercakap dengan kaktus comei pun xsempat. Tengok gambar kaktus jela.
Okies esok kerja pukul 5.30 pagi. Kena bangun pagi. Kena mandi pagi..Xnak mandi pagi boleh x...=.=


"Tuan kami seorg yang penyayang", kata kaktus.
Nota kaki :: Kalau tangan xpernah luka dan xpernah kena benda panas tu bukan kerja kt cafe la tu...=.=" . Oh saya dah ada punch card. HAHA.  .

Friday 3 June 2011

Oh Kerja!

Assalamualaikum...

Bukan senang nak senang.
Hari pertama bekerja. 12 jam waktu bekerja dan hanya 15% daripada waktu tu dapat peluang untuk duduk. Itu pun sebab makan dan pergi solat.

Tetapi tetap bersyukur sebab dapat bekerja dalam mood yang happy go lucky. Tempat best, kawan-kawan kerja pun boleh "on".

Airport Kuala Terengganu. Okies bukan jadi peramugari sebab semua itu IMPOSSIBLE!
First reason. TINGGI! Tinggi xlebih 150 cm ade hati nak jadi pramugari. Okies xpe. Orang yang xtinggi adalah orang cute. Don't worry.

Seronok jugak dapat kerja kt sini walaupun hanyalah di sebuah cafe. Tapi cafe bukan sebarang cafe. Nasik lemak special RM 9.00, kueh seketul RM 1.80, fresh fruit juice RM 5.50, milo ais RM 3.30 (sekadar menayangkan beberapa senarai hidangan). HAHA. Hari-hari nak makan sini tauke balak pun boleh botak.
Sebab tu la cafe neyh duk dalam kawasan airport. Sebab orang bukan hari-hari datang sini. (Kecuali pekerja lain kat sini. Tu pun mesti ada yang bawak bekal sendiri punyer la....)

Sekejap sampai orang mata biru. Sekejap sampai orang mata sepet. Okies dapat improve BI. Yela cakap melayu pun xfaham, apetah lagi kalau cakap versi GANU KITER. Walaupun penat sebab jauh dari kerusi dan asyik berdiri tapi saya rasa ini merupakan satu pengalaman yang berbaloi. Yeah going to be a food technologist, and working in this cafe is like a training or LI la untuk diri sendiri.HEHE.

Okies esok kerja untuk hari yang kedua. Semoga lebih baik.
Hilangkan penat sambil tengok video neyh. Walaupun minat MU, tapi nak post jugak. Sapa suruh kalah time bersemangat tengok perlawanan akhir neyh. Dah la tengok online pulak tu. Hate that. =.="
But really enjoy this funny video. Tahniah kepada orang yang rajin tukar suara Encik Interview dan Sir Alex Ferguson jadi ala-ala Doremon+Spongebob+Patrick. Awak dah buat hidup saya ceria untuk 2minit 09 saat.


Nota kaki :: Dalam suka ada duka.
                :: Oh rumah saya memang xastro sebab family xsuka tengok tv. Xkisah pun.

Wednesday 1 June 2011

Big Apple at Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Most people EAT by their EYES.

Why 'EAT' and 'EYES' are the keypoint? Sebab hari-hari orang makan. Nak makan pulak benda yang nampak cantik dan sedap jerk. Yeahhh itulah tugas kami orang-orang teknologi makan. Create food product yang cute miut supaya dapat ATTRACT or the true is CHEAT costumers. HAHA.Tapi saya xcamtu sebab saya baik.

Alright back to the title. BIG APPLE AT KUALA TERENGGANU. Yeahhh its so true and today is the first day of opening. Glad to know that I'm one of the first day costumers. Walaupun time pergi sana dah ketandusan donut dan yang tinggal hanyalah donut "The Alien" TETAPI, selaku peminat donut tegar, that is not a big deal. 3 bijik donut selamat dibeli. But some of people outside might be jealous on me because.....

2 baucer percuma Big Apple = 12 bijik donut free!!!
HAHA. 3 hb nanti pergi semula ke Giant dan jadilah 100 pelanggan terawal yang membawa kupon Big Apple dan tebuslah donut anda. Hanya sah di Big Apple Kuala Terengganu. HEHE.


Nota kaki:: Nak ada kedai donut sendiri. =.="

She is getting her first job!

Assalamualaikum...

Every cloud has a silver lining.
Yeahhh I always believe in one thing. It is POSSIBLE to get something positive out of a situation, no matter how unpleasant, difficult or even painful it might seem. The important thing is, BE THANKFUL.
Nak tulis blog dalam Bahasa Inggeris tapi nanti kalau mat salleh ada baca, mat salleh sendiri xfaham...=.="
It's ok Syuhairah. You can improve it!!!

Setelah hampir sebulan kat rumah, setelah hampir give up dalam mencari kerja, finally, Syuhairah is getting a job!!! Yeahhh the first job when her age is almost 21 years old. =.="
I'm not choosy in looking for a job but the job is seeing not interested to me. That's a hurt fact to accept.=.="

Rumah dan airport just about 7 minutes. Tapi pusing punya pusing 15 minit kat sekitar airport Kuala Terengganu, finally I FOUND YOU!!!~CAFE TERAPUNG!!!
(Cafe neyh bukan "terapung" sebab duk atas air. Dah nama camtu).
Then dapat la satu pengajaran kat sini. Malu bertanya sesat jalan.

A pleasant place to work.

Okies interview time.
Sila bawa sehelai salinan IC dan sekeping gambar pasport.
Dapat mesej tu jam 10.15 malam sehari sebelum interview. IC photostat kat rumah jerk. Credit to 3 in 1 printer. Tapi mana nak cari gambar pasport! Kedai dah TUTUP! Oh I hate that!!! The best solution is, SLEEPING!Bangun pagi nanti baru fikir.

--------------------------------------------------------------------------------
Ayat pertama Encik interview

Encik interview: Awak belajar mana?
Kaktuscomei: USM.
Encik interview: Cos aper?
Kaktuscomei: Teknologi makanan
Encik interview: Bla333...(family,gaji, time kerja, student) bla333. Saya terima awak sebab awak student teknologi makanan.

Thanks to my course.
--------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Interview is running smoothly walaupun GAMBAR PASPORT ITU BUKAN GAMBAR SENDIRI!!! Its belongs to my sister.HAHA. Muka sama ke xsama lain cerita. Yang penting, ADA GAMBAR. Dah la time interview my sister duk sebelah meja tu jerk. Maaf bukan sengaja nak tipu encik interview. DARURAT..=.="

Selongkar kotak-kotak lama cari gambar pasport tp jumpa benda lain

Esok bakal bemulalah episod seorang gadis xcukup ketinggian yang obses terhadap kaktus dan makanan bekerja di Cafe Terapung Airport Kuala Terengganu. Mood: Undefined. =.="

Nota kaki:: Rindu pulak nak main balas-balas surat. Rindu diari 2011 dalam kotak kat hostel.

holiday mood

Assalamualaikum...

Cuti semester 4 bulan + suri rumah

Yeah mungkin minggu pertama rase tersangatlah heaven bila dapat duk kt rumah. Tidur sampai lebam, makan sampai tersandar dan online sampai charger laptop panas nak meletup. Then bila timbang berat, realize yang jarum penimbang dah melencong ke kanan lebih dari kadar biasa..Arghhhhh 2 kg lagi!!!...I'm fobia with that!!! =.="

Kalau menguap tutup mulut
Kerja? Xpernah ada pengalaman. So, berharap agar cuti neyh berpeluang nak rasa pengalaman kerja. Mintak kerja kt Rotiboy still senyap xpanggilan. Mintak kt farmasi xnk part time worker pulak. Nak jadi cikgu tuisyen pun still pending. Hate that. Mungkin ditakdirkan untuk menjadi suri rumah sepanjang cuti neyh. =.=" Looking forward untuk satu lagi temuduga kerja kt Cafe Airport Terengganu. Kalau dapat yes, kalau xdapat, I'm give up!Tunggu grad kerja la puas-puas !!!

Sedia berkhidmat

Siapa kata kerja tu bila ada majikan jerk? That is really stereotype statement!
Duk rumah pun kerja yerk. Menyapu rumah, membasuh kain, memasak, mengemas rumah, sidai kain, lipat kain tu bukan kerja ker...=.=" And all that woks repeat DAY by DAY and AGAIN, AGAIN and AGAIN.!!!
Yeahhh ikhlas...ikhlas...ikhlas...positive...positive...positive...Tu la fungsi anak perempuan yerk.. Penat-penat mak nak keluarkan sorang dari dalam perut so jangan malas yerk...

Nota kaki :: 1 Jun tarif elektrik dh naik 2 sen. Mak akan membebel bila tengok bil elektrik nanti...=.="