Home


ShoutMix chat widget

Tuesday 23 August 2011

Kelebihan Henfon Xcanggih vs Henfon Canggih

Assalamualaikum...

Fall for you!

Okies sangat rambang mata dengan pelbagai model henfon kat pasaran sekarang. Ada function tu ada function ni, pendek kata, dalam seketul henfon tu macam-macam la nak muat. 1 jerk persoalan dalam kepala saya, FUNCTION BANYAK-BANYAK TU TAHU GUNA KE X?~(Ohh terasa)
Tapi bagi yang ada duit, ON je kan.

Samsung Galaxy SII, Xperia, Iphone 4, Blacberry Torch, Blackberry Curve, Nokia N9, Vivaz, Aino, Satio dan banyak lagi. Actually nak taip nama-nama phone ni pun terpaksa google dulu. Oh betapa tidak mengikuti perkembangan gadjet ini..yang tahunyer henfon model-model baru ni mostly smartphone, touchscreen, android, symbian dan bla bla bla...Nak komen lebih-lebih pun xtahu function. HIHI. =.="

Antara model-model phone kat atas tu, saya dah beli satu. Bukannya nak ikut trend sangat, dah henfon hilang, beli la satu. Alang-alang nak beli, nak la yang upgrade sikit ye dok..HEHE. So, tarikh keramat 16 Ogos a.k.a my birthday, selamatlah membeli sebuah henfon. Touchscreen gitu. HEHE. Beli pun sebab model tu cantik. Warna light pink g2. So, mana xterpikatnyer...Haishhh..

Dah genap seminggu guna henfon tu, seyesly cakap, rindu kat henfon lama. Sobsobs. Kalaulah kutahu gerangan yang mencopetnyer..=.="
Okies ni adalah reason kenapa rindu kat henfon lama yang tidak canggih itu.

4 dari kiri~ in memory...sobs3
Henfon xcanggih itu adalah model W508 a.k.a. walkman phone. So, beterinya lebih tahan lama walau pun dengar lagu lama-lama. Kalau xdengar lagu, mahunyer betri xpayah cas 5-7 hari. Sesuai untuk insan yang punyai tabiat malas mengecas henfon. Ehem. Oh henfon ini juga sangat comel.

Henfon canggih itu adalah model Vivaz U5. Errr canggih ker? HAHA. Touchscreen, wifi, GPRS, camera HD 8.1 MP dan bla bla lagi yang xtahu fungsi. HAHA. Gelak kat diri sendiri lagi. Siyesly, betri sangat xtahan dan membuatkan diri ini emo rase nak baling-baling dengan henfon itu. Nasiblah engkau cun wahai henfon.

Henfon xcanggih tu jugak boleh mesej time pejam mata. Contohnya dah pukul 2 pagi, mata mengantuk xingat dunia tapi nak kena balas mesej ehem-ehem. So, pejam mata pun boleh taip mesej. Macam xbiasa pulak kan. HEHE. Pastu mulalah nak taip RINDU jadi SINDU, ABG jadi ABI, SYG jadi AYM...Itu anda bukan saya.

Henfon canggih nak mesej time pejam mata? Toucscreen tu. Pendek kata, xtau la nanti kalau taip keluar aper.  Mungkin taip MALAM jadi MALANG, LETIH jadi GEDIK, BABY jadi BAB*...Xpercaya, cuba la. So, conclusionnya, jam 2 pagi tu, xyah nak mesej-mesej sangat dah la. Silent kan henfon dan baca doa tido.


Henfon xcanggih xyah nak care lebih-lebih. Jatuh pun xrisau sangat. Ambik, sapu-sapu cikit takut calar, then guna macam biasa. Tahan lasak kan.


Henfon canggih kalau jatuh gelabah bukan main. Setiap sejam check takut calar. Siap ada "baju" lagi punyer la extra protection. Oh sangat double standard berbanding henfon lama.


Henfon xcanggih charger nya macam biasa.Semua model boleh masuk. Kalau lupa bawak charger boleh pinjam yang kawan-kawan punyer, no hal la.


Henfon canggih menggunakan charger USB. Dah lain dari yang lain. Kalu lupa bawak charger, nak xnak, kenalah cari kawan yang guna charger USB jugak. 


HOHO. Saja jerk senaraikan kelebihan henfon xcanggih supaya anda berfikir banyak kali sebelum bertukar kepada henfon yang lebih canggih. Bagaimana pun, henfon canggih pun banyak juga kelebihannya. HEHE. Yela, kat toilet pun ada wifi. So, nak update status FB time ***** pun boleh kn...Eewwww...HAHA.
Em kalau pakai henfon canggih mana pun tapi kalau kedit x xmakna jugak kan.HEHE

Nota kaki :: Company henfon perlu lebih peka kepada pengguna kidal. Jangan buat tempat charger belah kiri boleh x? Nak taip mesej time cas sangat menyakitkan hati.

(Sape suruh mesej time cas henfon. Bahaya nok...) <----- Company henfon balas.

2 comments:

  1. hye member lame..heheehe..fon yg sy tgh pki skang, 2 dri kanan..

    ReplyDelete
  2. ai3..hehehe..2 dari kanan, 4 dari kiri..so sama kte punyer..:P

    ReplyDelete