Home


ShoutMix chat widget

Thursday, 1 March 2012

Aku, Lori dan Roti

Assalamualaikum…
Ini adalah pengalaman manis untuk dikenang..HEHE.
Permintaan aku untuk mengikut encik penghantar roti ke kedai-kedai telah diterima untuk sehari. Aku melangkah yakin ke tempat ‘loading area’ seawal jam 4.40 PAGI sambil menunggu lori  yang bakal aku naiki. Kelibat Mr. Suresh muncul setelah 15 minit menunggu membuatkan aku tersenyum. Maklumlah, 15 minit menunggu itu aku ditemani oleh hampir 5 orang pekerja lelaki yang ‘ganteng’ dari Nepal dan beberapa orang lelaki yang tidak aku kenali yang sedang memunggah  dan memeriksa jumlah roti. Cukuplah sekadar aku memberikan senyuman tawar kepada mereka.HEHE. =.=”
Laluan penghantaran aku pada hari ini adalah di sekitar Puchong. 5.10 pagi, aku mula meninggalkan kawasan kilang bersama Mr. Suresh. Aku hanya memerhatikan Mr. Suresh membawa lori sambil bertanyakan sedikit sebanyak mengenai proses penghantaran dan ya, sedikit sebanyak proses berkenalan. Ternyata, dia xlokek berkongsi cerita dan pengalamannya dengan aku.
Oulet pertama aku ialah 7-eleven. Pekerja di sana terpinga-pinga dan tersenyum memandang aku. Maklumlah, mana pernah perempuan ikut naik lori pergi hantar roti. Aku seakan-akan dapat melihat tanda-tanda soal yang terawang-awang dari kepala mereka. Aku diperkenalkan sebagai pemandu lori yang baru. Pemandu lori yang xcukup ketinggian. Nak duduk seat lori pon terkial-kial. Tapi dia comel. Tahniah Mr. Suresh, ramai yang percaya cerita ‘kelakar’ Mr. Suresh tu.
Setelah beberapa buah kedai dilalui, nasi lemak menjadi santapan di pagi hari dan perjalanan kami diteruskan lagi. Carefour, Giant, kedai runcit, sekolah, pasar raya, pasar mini, Shell, Petronas, Esso, kedai 24 hour, semuanya aku masuk. Pendek kata, mana Mr, Suresh pergi masuk hantar roti, aku ikut. Dapatlah pengalaman masuk gudang, hantar roti (issue), ambil roti xhabis (return), guna handheld & printer, cara susun roti dan banyak lagi. Sambil tu, boleh jugak tengok gelagat dan pandangan orang bila aku kata aku ni penghantar roti baru. Oh ya, cuci mata juga adalah tugas sampingan hari ni.
Nak tahu cara buat roti? Boleh melawat ke sini..
Kira-kira 25 buah kedai selamat aku ‘lawati’ hari ni. Gembira, puas hati, dapat pengalaman baru, xbosan, xpayah menghadap komputer dan xpenat sangat. Yela, ikut orang hantar roti je. Kalaulah aku ni memangnya bekerja sebagai penghantar roti xtahulah macam mana. Aku try angkat bakul roti 2 buah pon dah senyum kelat usahkan nak angkat 4 buah tray yang dipenuhi roti sambil berjalan masuk ke dalam 25-50 buah kedai sehari. Lori pulak xaircond. Patutlah kekadang ada pemandu lori cakap penat. Ya, saya sudah faham. Bukan senang nak dapat gaji sebulan. INSAF.
Tepat jam 2 petang, aku sampai ke rumah setelah dihantar terus oleh Mr.Suresh. Aku xperlu lagi ke kilang. Aku disuruh berehat. Terima kasih Mr. Suresh. Kalu saya penat, Mr. Suresh dan yang lain mesti berganda-ganda penatnya kan. I’m having a great experience today…Kesimpulannya, saya akan lebih menghargai nilai sebiji roti… J
Nota kaki :: Mr. Suresh nak ajak aku pergi hantar roti lagi. HAHA. Sukela tu dapat assistant yang peramah, rajin dan COMEL.KEHKEHKEH.

Monday, 13 February 2012

Cuti Semester Ke-5

Assalamualaikum....
Hai blog kaktuscomei yang berkulat gara-gara 2 bulan xupdate...HEHE..
Sempena cuti semester ke-5, so mencemar duli sebentar untuk mengupdate blog...:)

About 20 days at home and Alhamdulillah...everything is good and running smoothly....
Perkara best kat rumah selain jumpa mak ayah dan keluarga ialah dapat pegang kuali. Yup kuali, sudip, oven, mixer, loyang dan sewaktu dengannya.
Jawatan yang memang wajib diisi sewaktu cuti semester: TUKANG MASAK pengganti emak.
Nak harapkan anak teruna lagi 3 orang memasak ibarat menunggu kucing bertukar jadi zirafah.

I'm gonna miss this most at kitchen! HEHE.
Cuti kali ni jugak dapat banyak sangat ilmu pasal masak-memasak ni...
Maklumlah almost everyday tengok blog masakan dan youtube cara-cara nak buat kuih dan kek..HEHE
Untuk persediaan masa hadapan yang cemerlang.Ehem.

By the way, bersyukur sangat dapat mak dan ayah yang memahami anaknyer...
Mana tak nyer, parents belikan buttercup, telur, tepung, susu, gula untuk anak dia buat kek...
Bertambah semangat...HIHI
Nak beli sendiri poket xcukup tebal...Uhuk.

Gembira sebenarnya bila tengok orang yang kita sayang makan masakan kita walaupun letih jugak kekadang memasak ni..HEHE.
Bila mak balik kerja, dah siap masak untuk lunch....
Bila mak ayah balik dari surau, dah siap buatkan kuih dan air untuk kudapan malam...
Yela, masa ni la nak berbakti untuk mak ayah kan...Nanti p sambung study pulak, kerja, kahwin...=.="

Ermmm umur 26 paling lewat kot.*lalala*
So, tu jela nak ditulis sebenarnya...Sebak jugak bila sebut pasal mak ayah ni..HEHE...
I want to be the best daughter for them...
Semoger dipanjangkan umur untuk terus menggembirakan mereka...Nak balas jasa tu memang xterbalas la kan...

Nota kaki :: InsyaAllah parents nak p haji tahun ni...Semoger memperoleh haji yang mabrur...Oh debaran menunggu result sem-5 pada 16/2 ni...Glurppp...

Sunday, 4 December 2011

Love Left Us?

Assalamualaikum....
Writing & keep listening to this song...
Dedicated to someone....
Song from the soul...


Awak...
Thanks for our relationship...yes I know its over quite a long time but...
It's hard to tell my mind to stop loving you when my heart still does...

Awak...
Terima kasih untuk masa-masa lalu...
Terima kasih sebab tunaikan janji awak dua tahun lalu...
Walaupun awak dah xsama seperti dulu...
Sedangkan pantai berubah...
Inikan pula hati manusia...

Awak...
Xtau la...terlalu banyak benda saya nak tulis...
Nak beritahu...tapi saya xmampu...
Xpela, awak pun mesti faham kan keadaan kita....
Lagi pun tulis with tears yang non stop....

Awak...
Xpela jaga diri elok-elok...
Saya rasa xmampu nak jadi kawan awak lagi...
Cukuplah...
Cukuplah dengan harapan...

Lets move on..
Lets open a new book...
Lets turn over a new leaf...
Yup its hard to forgive...but its harder to forget...

Nota kaki :: Sebaik-baik perancangan hanya Dia yang Maha Mengetahui...

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"



Saturday, 12 November 2011

Kenapa Ada Orang Malu Mengaku Pergi Usrah?

Assalamualaikum…

Hari ni rasa nak tulis benda baik sikit. HEHE.
Sebulan lebih xtulis entry...biasala, line internet free memang la "nyot2" kan...=.="
Okies, sebelum nak ulas tajuk ni, some introduction about myself. Seorang budak USM, bukanlah seorang yang bertudung labuh, bukanlah seorang yang dikatogerikan alim.



Siapa yang pergi usrah orang tu kena jadi baik.
Siapa yang pergi usrah orang tu kena pakai tudung labuh.
TETAPI, itu bukan saya.

Kadangkala sejujurnya saya berasa segan untuk mengatakan yang saya pergi usrah walaupun kekadang terfikir juga, MENGAPA MALU NAK MENGAKU PERGI USRAH? MENGAPA MALU BUAT PERKARA BAIK? =.=”
Yela orang lain pergi usrah pakai baju kurung, jubah, tudung labuh, baju muslimah, lelaki siap berkopiah, tapi saya pergi usrah pakai tshirt, siap shawl lilit-lilit lagi. Dah tu jenis easy going person, huha situ, huha sini...oh berbezanya saya dan mereka...Emm memang betullah, kekadang kita ni terlebih risau pandangan orang kat kita.

Suatu hari saya bertanya roommate saya,
“Kalau awak pergi usrah, kemudian orang tanya awak pergi mana, awak jawab apa?
“Jawab jela pergi usrah.”

Tapi kenapa saya berasa segan nak jawab jawapan yang sama. Mungkin merasakan diri sangat banyak kekurangan sehingga memberi jawapan pergi meeting atau group discussion. Namun, thanks roommate , awak dah memberi keyakinan untuk saya agar memberikan jawapan yang betul.So, sangat xsalah orang yang not so alim, not so baik pergi usrah.

Yeahh, yang penting niat kan. Sebab tu lah tajuk usrah yang pertama selalunya NIAT kerana sesuatu perkara itu sememangnya perlu dimulakan dengan niat. Niat baik, dapatlah kebaikan kan. So, pesanan untuk diri sendiri, awak perlu bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk menghadiri majlis-majlis ilmu seperti itu. Em semoga ditetapkan hati dan perlahan-lahan mengisi makanan rohani. Siapa tahu, mungkin saya yang 5 tahun akan datang akan memakai tudung labuh pulak kan?

Friday, 9 September 2011

Perlu ke Perempuan Posing Sebegini

 Assalamualaikum...



















I love the last picture. Oh jangan ada sesiapa terasa yerk. LOL...