Home


ShoutMix chat widget

Thursday 8 September 2011

Resipi Asam Laksa Penang

Assalamualaikum...


Laksa Penang, one of my favorite food. Actually niat asal nak buat Laksa Kuah Lemak, alih-alih buat Laksa Penang. HIHI. Ni cubaan pertama buat guna resipi dari internet yang diubahsuai tapi hasilnya, Alhamdulillah, ayah dah bagi green light, so boleh buat calon dah menantu ni. HEHE.
So, lets check it out!
...Slurrrppppp....
Ini untuk 6-7 hidangan
Bahan-bahan A (untuk kuah)

~Air
~1/2 kg ikan kembung/selayang (direbus dan dikisar/ditumbuk)
~6 biji bawang merah (dikisar)
~5 biji bawang putih (dikisar)
~3 sudu cili kisar
~2 batang bunga kantan (dibelah 4)
~1 batang serai (diketuk)
~10 keping asam gelugur
~10 biji cili padi
~1 ikat daun kesum
~1 sudu besar belacan
~sedikit air asam jawa
~garam kasar secukup rasa
~gula secukup rasa

Bahan-bahan B (untuk diletak dalam hidangan)

~1 kg laksa (beli yang dah siap kat pasar/beli yang kering kat kedai lepas tu rebus)
~telur rebus
~hirisan timun
~hirisan bawang besar
~hirisan lada besar
~hirisan salad
~hirisan nenas

Cara penyediaan:

 1. Hanya masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih. Kacau lagi lama lagi bagus, lagi sedap sebab lagi terasa asamnya. So, dah siap kuah asam laksa. Mudah kan.
2. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan tuang kuah tadi. Slurrrpppp, selamat menjamu selera! Oh sila baca doa dulu. 

Dah xpayah pergi Penang dah kalau nak makan laksa Penang.

4 comments:

  1. lagi banyak ikan..lagi sedap!!tp sekarang saya dah beralih cinta ke laksam plak.superb!!hehe

    ReplyDelete
  2. a'ah..sbb lgi byk ikan lagi pekat..okies nnti tunggu org yg suka laksam tu post resipi yerk..:p

    ReplyDelete
  3. pokokduricomel,
    hahahahhaha
    delivery satu periuk kat i,
    lapaQ la....

    ReplyDelete
  4. hehehe..try la buat sendri msti ag sedap...senang je ni...:)

    ReplyDelete