Home


ShoutMix chat widget

Wednesday 7 September 2011

6 ciri stereotype seorang junior

Assalamualaikum...


1. Hari pertama pergi kuliah confirm tercari-cari kat mane kelas. Haishh kat mana DK B, kat mana DK Z, kat mana DK F…Bilik tutorial pun tawaf bangunan, naik turun tangga 3 kali baru jumpa walaupun dah ada peta kat tangan.

2. Kalau kat USM, hari pertama penuh la muka-muka blurrr kt tempat tunggu bas. Nak naik bas warna apa ni pergi kelas. Kejap lalu bas tanda warna biru, kejap merah, kejap ungu, pastu ada pulak warna kuning, putih pun ada. Mulalah orang berebut naik dia pun nak naik. Lepas tu termengah-mengah jalan kaki nak sampai kat kelas akibat silap naik bas. So, ringankan mulut untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan kan. Don’t worry, senior kt USM baik-baik belaka. Ehem.



3. Minggu pertama ke kelas, most of the junior perempuan akan pakai baju kurung dan berkasut, yang lelaki pulak berkemeja, pakai tie, berkasut, berseluar slack siap ha. Muka skema, suci lagi kudus. Reasonnya, anda masih terikut-ikut dengan kod pakaian semasa matrikulasi + belum terdedah dengan dressing senior-senior + belum lagi discover shopping mall kat bumi Penang ni. Nanti dah kenal Queensbay Mall, Bukit Jambul, 1st Avenue, Gurney Plaza, Prangin Mall, koleksi baju kurung anda akan slow-slow dipacking buat balik rumah.



4. Pergi makan pulak ramai-ramai. 4-5 orang satu group. Nak order tengok kiri kanan dulu. Muka pun cuak-cuak macam ada buat salah je. Dah tu, minggu pertama mesti makan kat cafe sama je tiap-tiap hari walau pun USM ni ada berbelas-belas cafe untuk dipilih.

5. Well, baru masuk belajar, semangat pun mestilah berkobar-kobar. Dapat pulak university APEX. Uhukhuk. Pantang lecturer promot suh beli buku, terus beli. Maklumlah, duit tengah banyak lagi. Endingnya, buku berhabuk kat atas rak. Untuk makluman, 4 flat sewaktu matrikulasi ke, STPM ke, diploma ke, itu bukanlah jaminan untuk anda akan terus excellence di peringkat degree.

6. Datang kelas awal. Punctual gitu. Ponteng-ponteng ni xmain la. Lepas tu, bila lecturer suruh pergi library cari bahan rujukan laju jerk nak pergi. Tunggulah anda jadi senior nanti. Library pun xingat pintu masuk dah. Kelas banyak xpergi dari pergi. Oh ini adalah bebelan khas untuk student lelaki terutamanya.


Kepada semua junior, welcome to university life walau di mana anda berada dan selamat menempuh satu lagi fasa yang bakal "menjiwakan" otak. Pandai-pandailah bawa diri di tempat orang especially yang first time duk jauh dari family. Kepada senior, ingatlah, anda pun begitu jugak yerk sebelum ni. Uhukuhuk.

Nota kaki :: Selamat menempuh sem ke-5 juga untuk diri sendiri. Harap-harap boleh jadi nerd macam sem 1 dulu.

No comments:

Post a Comment