Home


ShoutMix chat widget

Monday, 5 September 2011

Cikgu vs Jururawat

Assalamualaikum…
Hai readers!!!
Maaf la excited lebih sebab dapat duit raya banyak tahun ni. HEHE.

Siapa mak dia nurse? Siapa ayah dia cikgu? Siapa mak ayah dia cikgu? Siapa mak ayah dia bukan dua-dua? Okies bertenang semua. Sila jawab dalam hati sahaja yerk.


Well, xkisah la mak ayah anda kerja apa atau pun anda sendiri sedang mengaji dalam mana-mana bidang ni. Cuma, saya nak senaraikan beberapa berbezaan di antara cikgu dan jururawat.

Cikgu. Kerja ni adalah kerjaya yang mulia. Yela, mendidik anak bangsa. Ingat senang ke nak jadi cikgu. Kesabaran, ketabahan amatlah penting. Boleh bayang xkalau anda mengajar budak darjah satu. Nak ajar 3 buah kelas sehari eja AYAM, LEMBU, KAMBING, CILI. Kalau dapat yang jenis “mudah tangkap” xpe jugak. Kalau yang jenis “lampi”, teruji jugak kesabaran bukan. Yela anda pun bukan keluar dari perut mak dah pandai mengeja kan. Tu belum lagi dapat anak murid yang “bertanduk" dan kerenah mak ayah zaman sekarang.

Jururawat. Yup, ni juga antara kerjaya yang mulia. Kalau xnurse macam mana nak beranak? Okies anda lelaki xrasa pengalaman tu. Dah tu kalau kena cabut gigi ke, masuk wad ke, xke semuanya dirawat oleh jururawat sambil mata duk usha nurse practical yang cun. Lepas tu, kekadang ada juga pesakit yang jenis xreti bersabar. Ye, tahu lah sakit, tapi ingatla, jururawat juga adalah seorang manusia biasa dan bukannya robot! Siapa suruh pergi merempit pastu jatuh longkang masuk hospital. Kalau saya jadi nurse, saya bagi dia jarum dengan benang suruh jahit luka sendiri. Xpayah bius.


Cikgu. Tiap-tiap minggu cuti dua hari. Sebanyak mana pelajar cuti, sebanyak itulah cikgu cuti. Tapi benarkah semua itu? Oh tidak sebenarnya. Kadang-kala cuti cikgu juga diganggu dengan mesyuarat, seminar, kem, kursus, dan sebagainya. So, jangan ingat asal jadi cikgu, anda akan mendapat cuti “kaw-kaw” 2 hari seminggu yerk. Tapi, cuti akhir tahun memang terbaik! HEHE.

Jururawat. Ini adalah kerjaya yang xpernah ada cuti tetap. Orang sambut merdeka dia bekerja. Orang tengah takbir raya, dia tengah urus patient, orang tengah berehat kat rumah hujung minggu, dia tengah tolak stretcher. Dah la nurse ni kerja shif. Overall, ada 3 shif yang tidak tetap. Semuanya bergantung kepada jadual kerja a.k.a. roaster sama ada shif pagi, petang atau malam. So, sila hargai nurse. Jangan nak complaint je pandai.


Cikgu. Okies kali ni cerita pasal posting. Ingat lepas habis belajar tu anda boleh pergi mengajar kat sekolah sebelah rumah anda? Well, its not that easy. Kat Malaysia ni ada 27 buah IPG manakala UPSI, USM, UTM, UKM turut menawarkan kursus pendidikan. So, persaingan sangat sengit. Itu belum lagi dengan IPTS yang menawarkan kursus pendidikan seperti UniSel. Bagi yang IPG, anda mungkin tidak terlalu risau tetapi bagi graduan lain, silalah juga untuk berasa berdebar-debar. Tu belum lagi yang kena posting kat Sabah, Sarawak. Kalu dapat kawasan pedalaman, sanggup ke anda nak meredah hutan, air pasang, hujan, semata-mata nak pergi mengajar untuk tempoh 3-5 tahun? Saya kagum dengan semangat guru-guru ni. Jauh dari family, jauh dari kemudahan prasarana yang lengkap.

Jururawat. Sekarang ni belajar untuk jadi nurse pun dapat elaun. Mewah betul budak-budak nurse ni especially yang under Kementerian Kesihatan Malaysia. Elaun uniform dapat, elaun kasut pun dapat, kerja pun terjamin. Keluar-keluar terus dapat kerja. Hospital pulak mana ada kat kawasan pedalaman kan. Patutlah ramai sangat orang tua suruh anak-anak perempuan mereka jadi nurse.

Emm dah panjang sangat la pulak citer pasal tajuk ni. Well, ini based on pengalaman hidup selama 21 tahun bersama seorang cikgu dan nurse. I’m proud to have them but honestly, seandainya saya boleh memilih antara dua kerjaya ini, saya prefer untuk menjadi cikgu. Reason? Maybe akan disambung untuk penulisan akan datang.

Nota kaki :: Saya mempunyai cita-cita sendiri...:)

3 comments:

  1. jadi la nurse. heheh

    www.kaio.my

    ReplyDelete
  2. xbest sbb keje shif dan cuti slalu xsama ngan orang lain..hehehe..

    ReplyDelete
  3. hahha dalam dilema ni samada nurse atau guru..solat istikarah yang terbaik :)

    ReplyDelete