Home


ShoutMix chat widget

Friday 22 July 2011

Resipi Buttercream Cupcake Cinta

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang tenang bertemankan sebuah laptop sambil meng"google" gambar cupcake.

I'm always craving for you!
Okies sape suka tengok/makan cupcake sila angkat tangan macam saya! *buat tangan gaya Usop Wicha*

Nice to look, nice to see, once bite, considered sold. HEHE.
Actually nak buat cupcake tu xsesenang makan cupcake. Kena ada kesabaran dan minat jerk boleyh buat+kreatif. Ehem.
Okies baru ada 3 kali pengalaman jerk buat cupcake setakat ni tapi Alhamdulillah...Sumenyer gebu dan comel. Tengok la orang yang buat kan. HEHE. Opsss resipi tambahan untuk membuat cupcake~buatlah dengan kasih sayang dan gembira. HIHI.
Oh ya ambil juga gambar cupcake buat kenangan sebelum masuk perut walaupun tahu kamera henfon tu sangat menyakitkan hati. Tersangat blurrrr... Yup looking forward untuk membeli henfon baru. I'm craving for Sony Ericsson Aino.

My white n blue cupcake
*untuk anak murid kt tempat tuisyen*
Bestkan kalau dapat suami pandai buat cupcake. Bangun-bangun pagi tengok suami buat breakfast cupcake bentuk hati tulis I LOVE YOU. Wahhhhh, heaven! Pastu ciap main sapu-sapu krim cupcake kat muka. Ouchhh swit gitu. HIHI.

Okies alang-alang tu saya nak bagi resipi macam mana untuk buat buttercream cupcake. Yup ramai yang boleh buat muffin nyer tapi masih tercari-cari resipi untuk buttercream yang best untuk topping. Ini resipi yang saya guna. Sedap dan tahan lama. HEHE.

~Anggaran untuk 20 biji cupcake~

125g Buttercup atau separuh ketul Buttercup
100g shortening*
1 sudu esen vanilla
3 sudu susu segar UHT.
setengah cawan gula aising atau ikut tahap manis yang disukai.

Masukkan semua bahan sekali gus kecuali gula aising dan kacau sehingga sebati. Kemudian baru tambahkan gula sedikit demi sedikit, kacau sehingga gula aising itu hancur. Akhir sekali, deco lah cupcake anda dengan meletakkan pewarna yang disukai mengikut kreativiti. Selamat mencuba!

*Shortening tu xpasti ada ke xkt kedai biasa. Selalunya ada kat kedai jual bahan kek.

Nota kaki :: Mencari peluang untuk membuat bisnes cupcake. HIHI.

No comments:

Post a Comment