Assalamualaikum...
Sudah hampir dua bulan bergelar cikgu tuisyen.
Cikgu Syuhairah. Cikgu yang mepunyai ketinggian hampir sama dengan pelajarnya. HEHE =.="
Bertanggungjawab mengajar 3 sesi seminggu bagi subjek Math, Science, dan Bahasa Melayu bagi pelajar UPSR di sebuah pusat tuisyen di Kuala Terengganu. HEHE.
Em bila dah belajar tinggi ni baru lah rasa, rupanya senang belajar zaman sekolah rendah ni. Fuhhh nasib baik la result zaman UPSR dulu baik. Kalau xmalu jugak nak cerita dekat anak-anak murid. HEHE.
Semalam melihat seorang anak murid bermain iphone di dalam kelas. IPHONE APLLE TU! Pheewww...
Cikgu umur 21 tahun hanya mampu melihat dan meneguk air liur. Haishhh kena kumpul gaji dua bulan la nampaknya baru merasa.
Admit bahawa hampir semua pelajar saya dari golongan berada. Yup sume nyer keluarga senang atau MONEY IS NOT A BIG DEAL! Duit poket pun ada yang 7 hinggit, seploh hinggit sehari. SEHARI!
Cikgu zaman sekolah menengah : seploh hinggit tu untuk seminggu. Pasrah bahawa zaman telah berubah.
Harap mereka menghargai kesenangan itu dan gunalah dengan baik.
I'm happy with my part time job. Tiada istilah penat. Kadang-kala hanya pening-pening lalat dalam melayan kerenah 11 orang pelajar yang sememangnya sudah baik-baik belaka. HEHE. Ayat perlu skema sebab mengajar BM.
Mengajar tuisyen di rumah sendiri juga untuk anak-anak bos di tempat kerja dulu! Yup, personal tuition teacher for 3 times per week for 2 hours. Just for 7 years old+9 years old kids. HEHE.
Sememangnya mengajar itu memerlukan kesabaran. Yela, bukan sekali ajar semuanya dah paham! Make it slowly, make them understand. Don't teach for money. Anggaplah sedang mengajar anak sendiri. HEHE.
Nota kaki :: Patutlah xboleh jadi cikgu betul. Mempunyai tabiat malas untuk menanda buku latihan.
:: Rindu rakan sekerja sewaktu bekerja di cafe.
No comments:
Post a Comment