Home


ShoutMix chat widget

Saturday 12 November 2011

Kenapa Ada Orang Malu Mengaku Pergi Usrah?

Assalamualaikum…

Hari ni rasa nak tulis benda baik sikit. HEHE.
Sebulan lebih xtulis entry...biasala, line internet free memang la "nyot2" kan...=.="
Okies, sebelum nak ulas tajuk ni, some introduction about myself. Seorang budak USM, bukanlah seorang yang bertudung labuh, bukanlah seorang yang dikatogerikan alim.



Siapa yang pergi usrah orang tu kena jadi baik.
Siapa yang pergi usrah orang tu kena pakai tudung labuh.
TETAPI, itu bukan saya.

Kadangkala sejujurnya saya berasa segan untuk mengatakan yang saya pergi usrah walaupun kekadang terfikir juga, MENGAPA MALU NAK MENGAKU PERGI USRAH? MENGAPA MALU BUAT PERKARA BAIK? =.=”
Yela orang lain pergi usrah pakai baju kurung, jubah, tudung labuh, baju muslimah, lelaki siap berkopiah, tapi saya pergi usrah pakai tshirt, siap shawl lilit-lilit lagi. Dah tu jenis easy going person, huha situ, huha sini...oh berbezanya saya dan mereka...Emm memang betullah, kekadang kita ni terlebih risau pandangan orang kat kita.

Suatu hari saya bertanya roommate saya,
“Kalau awak pergi usrah, kemudian orang tanya awak pergi mana, awak jawab apa?
“Jawab jela pergi usrah.”

Tapi kenapa saya berasa segan nak jawab jawapan yang sama. Mungkin merasakan diri sangat banyak kekurangan sehingga memberi jawapan pergi meeting atau group discussion. Namun, thanks roommate , awak dah memberi keyakinan untuk saya agar memberikan jawapan yang betul.So, sangat xsalah orang yang not so alim, not so baik pergi usrah.

Yeahh, yang penting niat kan. Sebab tu lah tajuk usrah yang pertama selalunya NIAT kerana sesuatu perkara itu sememangnya perlu dimulakan dengan niat. Niat baik, dapatlah kebaikan kan. So, pesanan untuk diri sendiri, awak perlu bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk menghadiri majlis-majlis ilmu seperti itu. Em semoga ditetapkan hati dan perlahan-lahan mengisi makanan rohani. Siapa tahu, mungkin saya yang 5 tahun akan datang akan memakai tudung labuh pulak kan?

2 comments:

  1. salam, sy br gak join usrah.. sgt bersyukur sbb dberi kesempatan join.. juz nk share, ada pernah dgr kat talk mana ntah.. syirik kalo kita buat sesuatu yg baik krn org bkn krn ALLAH, n hipokrit kalo kita tak buat sesuatu yg baik krn org.. so, hipokrit sbnrnya kita kalo kita x nak buat benda baik tu, sbb takot org ckp macam2.. btw, salam perkenalan..

    ReplyDelete
  2. w'salam...thanks cik furas! semoger kita sentiasa cuba memperbaiki diri...less is better than none...:)

    ReplyDelete