Home


ShoutMix chat widget

Sunday 19 June 2011

Oh Kerja! : Part III

Assalamualaikum...

15 hours working time in a day. Bangun jam 5.30 pagi dan bekerja sehingga 11.30 malam hanya dengan 4 jam break.Kaki rasa dah xjejak kt bumi. Fikiran pun macam orang kt Tanjung Rambutan dah. *crying mood*

Sekarang saya dah faham kenapa ada orang saja-saja malas bekerja. Sebab kerja itu memenatkan.
Sekarang saya dah faham kenapa sesetengah orang berkira. Sebab susah nak dapat duit.

Balik jam lewat malam, kehujanan, kesejukan, ketakutan, keseorangan dan esoknya perlu bekerja seawal 5.30 pagi. Damn!

Balik lewat sebab flight delay. Ribut. Balik lewat sebab ada function kat cafe. Kena kemas-kemas dan basuh pinggan. Ingat xpenat ke! Dan upah diberikan juga tidak memadai. Yup, mintak duit kat ayah pun boleh dapat lebih dari jumlah tu. Tetap bersyukur dan menerima duit upah itu sebagai hasil usaha sendiri. Emm saya xpernah sangka part time job saya akan seteruk ini. Yup, almost 100% pekerja bawahan adalah student part time. Dan hampir semuanya melahirkan kekecewaan yang sama.=.="

Dah tau penat kenapa xberhenti jerk???

Sebab saya mahu gaji pertama saya.
Dulu saya expect gaji pertama saya sebagai tanda kepuasan bekerja tetapi mungkin sebaliknya akan berlaku. Gaji pertama yang bakal saya terima adalah simbol kemenangan dalam mengharungi kepenatan. Yup, totally exhausted.

Mungkin saya dan kawan-kawan masih mentah dalam dunia pekerjaan. Kami yang rajin. Kami yang dengar kata dan xpandai melawan. Kami yang redha. Kami lah pekerja yang patuh untuk Encik Boss.
Oh bos, fahamilah situasi kami yang kepenatan. =.="

Take it in positive way okies! Bersangka baik. Maybe Encik Boss ada terlepas pandang tentang kebajikan pekerjanya dari segi kepenatan yang dihadapi. Justeru, kepada bos-bos lain, bakal-bakal bos, concern lah tentang pekerja anda. Kepada diri sendiri, kutiplah sebanyak mungkin pengalaman bekerja di sini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sebulan jerk okies. Oh diri, bertahanlah.



Nota kaki :: Follow your passion, and success will run after you. Kaktuscomei cafe in making. HEHE. Gambate!!! Sambungan daripada Oh Kerja! dan Oh Kerja! Part II.

No comments:

Post a Comment